peNgiKUt sEtiA

Friday, February 11, 2011

MEKAP LAGI

gara-gara buat esemen pn rugayah yang tak habis-habis dari balik cuti hari tu, miss farah tidor pukul 3. PUKUL 3. ngantuk tak ngantuk, kena lah tahan. tu lah, sape suroh buat kerja last minute? orang cuti bukak jugak buku, buat assignment, study untuk kuiz. but opposite to me, me rather tidor, makan, keluar merayap. biasalah, nama lagi cuti kan. betol-betol memahami erti cuti betol lah.

so, bila tidor pon lambat, bangun apatah lagi. dah sah-sah lah lambat. lepas subuh, macam biasa, terbang naik atas katil. memang dah niat awal-awal lah nak bangun lambat. orang cakap, qada' tidor. anak dara sapekah ini? ouh.. anak dara encik Kamarudin *dengan bangganya*.

lepas bangun terus jer on lappy. opps, bukan nak bukak Fb ye, nak hantar esemen semalam tu lah. nasib baik boleh hantar softcopy, tak payah nak pergi mandi awal-awal. HAA..!! kantoi tak mandi lagi.. :)

hantar esemen yang my friend punye and mine. she asked me to send it sebab dia ada lab pagi ni. lab ganti gara-gara ekperimen minggu lepas punye tak jadi. sian betol. sabo jer lah ye.

eh, ape kaitan dengan tajuk? mekap muka sendiri? no no no.. mekap blog ni lah, ape lagi. perasan tak background muzik dah lain? it's Paramore- No Exception. best kan lagu ni. sentimental jer. tadi blogwalking some blogs, jelous betol dengan diorang. blog diorang sume cool, comel, lawa. cmner korang buat hah? rajin betol korang decorate kan.

p/s : eh, dah nak tengah hari. sambung tidor lagi boleh tak? haha. lau umi tau, confirm kena bebel. sampai petang pon belom confirm habis.

Thursday, February 10, 2011

JAKUN

saya tahu saya jakun. saya tahu saya tak up to date. nak tau sebab ape miss farah cakap miss farah jakun? sebab miss farah baru install chatbox. BARU jer. haha. buat malu dengan budak yang baru ada blog jer. tapi takpe, sape kesah?? haha

HABIS SUDAH SATU MINGGU YANG SANGAT PACK

Hari khamis. hari terakhir kuliah. rasa macam nak lompat-lompat. assignment, kuiz, report segala bagai beban dah habis. eh, lupe. lagi assignment belom siap. T__T. tapi takpe, sikit jer lagi.

alamak, kejap lagi orang nak datang fogging. kena keluar. lau tak, benda lain yang nak disembur, benda lain yang disembur. hehe.. daa..

Friday, February 4, 2011

CUTI.. CUTI.. CUTI..

4/2/2011. lagi dua hari jer lagi cuti nk habis. but credit to me, satu kerja pun tak siap. Yahoo!! bagus.. bagus.. dengan report nye, esemen nye, preparation for the presentation. rasa macam nak sambung lagi satu minggu cuti. Tuan NC, boleh tak tambah lagi 1 minggu cuti..?? *sambiil kelip-kelip mata*. tak boleh?? takpe-takpe. saya faham. tengah-tengah dok buat report tadi, tetibe jer teringat kat blog yang memang dah lama gile kot tak update. hehe. takde cerita nak update. so, tadi dengan rajinnya make-up blog ni. waa..!! kreatif juga miss farah ni rupenye.ok, puji diri sendiri. haha.

so, dah makan limau mandarin banyak-banyak? biasa lah kan, musim raya cina ni, memang banyak limau mandarin orang jual. kat rumah ni, penuh peti ais dengan limau mandarin, hasil pemberian orang-orang yang baik hati. xie ce~.

ok, jom sambung buat kerja and makan limau. hoho..