peNgiKUt sEtiA

Thursday, November 11, 2010

...

Bila tengah syok2 tidor layan mimpi dengan perut yang kenyang...

Kawan : online jap.. bukak page fesbuk _____

Aku : tak online lah. tengah syok tidur ni(tidor, tapi boleh balas mesej pulak)kenape..??

Kawan : bla..bla..bla..

Aku : lagi..??

Kawan : bla..bla..bla..

Aku : ok2.. kejap ag aku bukak..

Bangun tidor, basuh muka, cari broadband, cucuk masuk laptop. Taip2.. keluar web page fesbuk.tekan2 keyboard, terus pegi KAU punye profile. Belek2 KAU punye wall.. baca jap, gelak sorang2.. rumet tegur. Senyap kejap. Amek fon, mesej kawan tadi..

Aku : haha.. aku dah tengok.. lucu..

Kawan : bagus kan ayat aku..??

Aku : superb, tapi aku nak tengok sampai bile bertahan..

p/s : jangan ingat aku belek2 wall KAU, KAU ingat aku dah lupe ape yang jadi.. =)

Give Away Nazz@Purple



jom join.. mane tau kot2 dapat menang keychain kat atas tu.. =)
more info..?? klik SINI

EGO KE..?

Ego ke kalau orang tu minta kita maafkan dia tapi kita wat dunno jer..

Ego ke kalau orang tu nak everything back to normal tapi kita buat tak tau jer. Bahasa senang buat2 tak tau lah..

Ego ke kalau hati suruh buat macam ni tapi akal cakap,’ jangan2, buat jatuh ego ko jer nanti’..

Ego ke kalau asyik nak pertahankan yang kita ni pihak yang betul.. tak nak mengalah walau ape pun jadi... tak kire..2X..

Haish, naik pening pikir2 soalan2 diatas dan seumpamanya.. setiap orang memang ada ego kan and semua orang nak pertahankan ego masing2. Kalau boleh, nak jaga ego tu, biar tinggi melangit.

p/s : i’ve forgive you for everything have you done, but for us to be like before, nope.. SORRY... =)

Friday, November 5, 2010

post wat hilang mengantuk

Still waking up. Tak macam bese, kalau dah time2 cam gini, biasa dah terbongkang dah. Tak hirau dah orang sekeliling. Tapi sebab final exam is just around the corner. Ya saya repeat, FINAL EXAM dah dekat dah. Hari isnin ni dah start paper 1st tapi still relax2,siap boleh update blog lagi kan.. hehe..

anyway, just for a short entry. past these few days, sedang syok2 layan buku,nota bagai semua tiba2 i am just wondering. Just wondering je lah. How if kalau kita be friends again dengan orang yang kita pernah gaduh? Yelah, kalau selisih bahu pon same2 wat dunno, kalau texting pon asyik ko kutuk aku ak kutuk ko, kalau on phone pulak aku maki ko ko maki aku. Agak2 camne ye?? Mesti awkward gile2 kan? Pastu time tu mesti rasa bersalah datang bertubi-tubi tanpa dijemput pon. Time tu jugak lah rasa nak sembah kaki orang tu. Rasa nak undur jer balik masa kutuk2 maki2 ari tu kan kan kan..??

tapi, once you say the word out, you definitely can’t take it back. So, moral of the story kalau dah gaduh dengan sape2, tak payah lah kawan baik dengan orang tu. Haha.. ape jenis moral of story lah. Senang cerita, tak payah gaduh lah kalau setakat sakit hati sikit2 jer. Biasa lah tu manusia, bukan semua perfect kan. Tapi tak semua orang fikir macam tu. It’s depend on everyone how to judge it.

p/s : okeh, on job.. job untuk study habis-habisan untuk pakcik makcik final yang akan datang.. =)

Wednesday, November 3, 2010


do mind other's feeling dude..
don't know why somehow I thought I could be that strong but now I am too weak to face all these things.I pretend to be strong, pretend to ignore all these, pretend that you are no matter to me. Allah,do guide me to get through all these things.. :(

Tuesday, November 2, 2010

TAG

tak sedar pulak cik tiram dengan dhea tag miss farah..he3.. nak jawab tag jap, nak hilang ngantuk baca buku institusi.. =)

Once you have been tagged, you are supposed to write
a note with 25 things, fact, habits or goal about you. At the
end choose 20 people to be tagged. You have to tagged people who tagged
you

1. kuat tidor. walaupun malam tu dah tidor awal, pagi esok, still bangun lambat.. he3..

2. suka makan mihun tom yam. tak kesah kena walau pun kena habiskan bermangkuk- mangkuk mihun tom yam.

3. minat gile tengok semua series cerita twilight.. <3.

4. tak suka orang yang hipokrit.

5. tak suka guys yang bajet hensem pastu tak setia. hello, abah I lagi hensem kot tapi setia jer dengan umi I.. ngee~

6. rumet saya kuat ngigau.. =)

7. dalam wishlist, nak beli laptop VAIO..

8. teringin nak ada kereta suzuki swift.. yang sendiri beli laa..

9. tak suka tengok perempuan gedik. rasa menyampah sangat-sangat.

10. kalau boleh, nak dean list tiap-tiap sem.

11. nak jadi macam mira nordin, cakap direct kalau tak puas hati dengan sape-sape. i salute you, babe.. =).

12. payana, mai, anis, mira, che na, is all my babes.. sayang kamu semua ketat-ketat.

13. tak reti nak shopping.. SERIOUSLY!!!

14. suka tengok orag pakai shawl.

15. suka drive sambil layan lagu dari enfon sendiri.

16. tak reti pakai mascara. bulu mata originally dah panjang. ha3..

17. can be tooooooo sensitive dengan orang-orang yang rapat sahaja.

18. tak reti nak break the ice bila jumpa orang yang baru kenal.

19. suka water rafting lepas join satu white water rafting about 3 weeks ago. BEST..!!

20. currently using the Nokia's phone and Acer's 11' lappy.

21. tak suka tidur dengan selimut tapi suka tidur pakai stokin.

22. boleh bilang dengan jari berapa kali je pergi kelas naik bas. I prefer jalan kaki sebab boleh build stamina.

23. one of people that have low blood pressure. tak sangka betol.. haish~

24. tak pernah derma darah. bukan sebab takut tapi masa tak mengizinkan. ceewahh..

25. last but not least, rindu nak belajar matrik semula. love the class, teachers, friends, and mostly the result.. ha3.. masuk u terus result down..

ok, sekarang time untuk tag orang lain pulak..



Friday, October 22, 2010

surat C.I.N.T.A

Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND….


Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).


Oh, laling (boleh saya call kamu laling kan?)


Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.


Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)


Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni. So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!


Oh laling,


Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling! Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…


Oh laling,


Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak. Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….


Oh laling,


Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alas an pasang dua pulak! Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?


Oh Laling,


Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok. Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).


Dan laling,


Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata? “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi


Laling,


kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….


Laling,


kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling! Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^


p/s : sumber dari FB.. =)



Sunday, October 10, 2010

L.O.V.E

just gonna stand there and watch me burn
but it's alright because i like the way it hurts
just gonna stand there and hear me cry
but that's alright because
i love the way you lie
i love the way you lie

u have made a clearer way for me to forget you, buddy.. thanks..!!

Monday, October 4, 2010

B.A.R.U

bau macam benda baru nak sampai kat bilik.. he3.. agak2 ape dia..?? ;)

Sunday, October 3, 2010

MALANG

this weekend is TOTALLY hancur. hancur berkecai. punah habis. *sigh*. kenapa miss farah mengeluh? sebab weekend betul2 malang for me. ada jer kesakitan yang miss farah dapat. okey, first at all, lepas test management the other day, dengan beriya nya berlari2 kat jalan tar tu. excited sangat sebab TAK BOLEH jawab kot. ha3.. sekali kepala lutut ni tercium abang jalan tar yang hitam berkilat tu. adoii.. sakit tak sakit, terkoyak juga lah jeans yang pakai malam tu. berdarah habis kepala lutut..

yang tu satu hal. semalam pula poisoning food. banyak sangat makan. macam mana tak banyak makan, invitation open house yang terima banyak sangat and with no hesitate, miss farah fulfill je semua invitation tu. pagi semalam, time bangun pagi, terus ulang alik ke tand
as. keep vomit. entah berapa kali sampai badan ni pon dah naik lembik.

and then, my roomate took me to the PUSAT KESIHATAN. memang dah agak, kena masuk air 1 botol. haish. time kat PK tu pun ada terjumpa dengan few my friends, diorang pun sama, sakit perut and muntah2. nasib badan lah. but sekarang dah okey cuma perut still sakit. and suddenly rajin pula nak makan ubat2 yang doktor bagi. he3.. dah serik lah. cukup lah kali ni jer kena..



ubat dari PK
p/s : tak tau nape gambar neyh te'rotate' dengan sendiri..:((

Tuesday, September 28, 2010

latenight post

working hardly for the test. tadi dah tidor. niat nak tidor 'kejao' jer, tapi kejap miss farah means 2 JAM!! i repeat, 2 jam, okey. haha.. dah suruh rumet kejutkan, tapi miss farah buat rumet macam alarm clock enfon. boleh nak snooze. delay 10 minit lagi..!! kejam kan..??

sharp pukul 12, terus tersedar. teringat banyak lagi lecture note yang nak kena habis baca. terus keluar bilik, pegi toilet, basuh muka. berkobar kobar semangat nak study. bukak fon, ade few messages.. urghh!! terus rase nak cepuk orang. sebab ape..?? mesej tue lah, buat sakit hati jer. nak tau content mesej tue..?? he3.. tak perlu tahu kot, yang penting betol2 buat sakit hati..

okey, that's it dulu lah. saje rase nak menulis jer sambil blogwalking jap before start study.. he3..
buku + lecture notes management dah panggil nak suruh baca diorang.. got to go..!!

p/s : mulut ade satu, telinga ade dua..
x nak ckap banyak2, just hear what people say..*sigh*

Monday, September 27, 2010

mood : satisfied..
mini project : done..
next step, working on the report..

p/s : wish me luck for the tomorrow's test..study tak habis lagi. redah jer.. ha3..
and, another test on Wednesday.. principles of management.. urghh!! really make me sick..=(

Sunday, September 26, 2010

whatever you said, whatever you text me, no.
i will not going to change my mind.
it was decided..

Saturday, September 25, 2010

letting go off people that we care most is the hardest part in this life
the hardest ever
i know it's going to be hard
it's not easy for me to get through all these
but the decision is made
for both benefits

p/s : thanks friends for being with me to get through all this.
thanks for always there to cheer up me
thanks for all those kata2 semangat
thanks for all those kutukan untuk that siput

it's really help me on this


payana


miera


che na

Wednesday, September 22, 2010

what if the second chance yang kita bagi kat orang tu dia tak guna sebaiknya..??
i mean, him/her tend to repeat the mistake that him/her has done
it's like, mereka tak kisah mereka pernah buat salah dengan kita
sakit hati tak..??
marah..??
rasa macam nak mengamuk jer kan..??
kalau boleh lempang, dah lama dah tangan ni naik ke muka..
but, apa yang kita dapat kalau buat tu semua..??
tak de ape-ape juga kan..??
so, the best solution is just be patient..:X

p/s : i'm tired of this kind of people..

Wednesday, September 8, 2010

=)

currently at granny's house..
break the fast together with cousins
looking for Raya mood..:)
meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control

post raya

today is 29 Ramadhan already..tomorrow is gonna be 30 Ramadhan, the last day of this precious month. and what does it mean people?come on, miss farah tau lah semua orang puasa hari ni tapi tak kan nak jawab soalan simple tu pun tak larat. it means, this Friday is going to be RAYA DAY..!!

but,unfortunately, I don't feel mood raya pon. tak tahu kenapa. kalau dulu selalu rasa tak sabar-sabar nak habiskan puasa. malas dah nak bangun sahur awal-awal tapi this year is completely different. mungkin sebab miss farah dah besar?kalau raya pon,dah tak ade orang nak bagi duit raya*motif sebenarnya* or maybe this is just temporary. bila dah jumpa cousins, buka puasa ramai-ramai,baru mood raya tue nak datang*hopefully*

tadi sibuk kemas rumah. sapu lantai, mop, lap meja and so on. it was too tiring seems miss farah sorang je yang buat. my umi still kerja and nak harapkan my brothers?buat sakit tekak jer marah kan diorang. 1 benda je yang kita suruh, 1 benda tue je lah yang diorang buat.*sigh*.ok, no more about benda letih-letih ni. baca pun rase letih kan..ngee~~

so,ape colour baju raya korang sume?tahun ni miss farah punya baju raya colour hijau. colour of nature gitu. selalunya 1 family akan pakai baju colour same, like boria but not this year. semua orang pakai baju lain-lain colour. tapi tak pe, nampak meriah sikit kan.

p/s : my uncle akan buat photography session on 1st day Raya. I'll try to get those pictures and uploaded here okay..!!


Tuesday, September 7, 2010

don't you ever feel like cheating because i remember every word came out from you lips..
yes, I do remember...

never say i love you
if you are really don't care
never talk about feelings
if they aren't really there
never hold my hand
if you are gonna break my heart
never say you are going to
if you don't plan to start
never look into my eyes
if all you do is a lie
never say hi
if you are really mean goodbye
if u really mean forever
then say u will try
never say forever
because forever means me cry

Monday, September 6, 2010

a BIG thank you

terima kasih..
syukran..
thank you..
arigato..
xie xie..

hehe..kenape tiba-tiba miss farah nak ucap terima kasih ni? dalam banyak-banyak bahasa pula tu.haha..nope!!i'm not learning the other language currently. actually i'm just done my assigment. analytical assigment. done searching for the informations act. so I want to contribute all the thank you above to you. specially dedicated for you. thanks for always being my side whenever i need you,UNCLE GOOGLE..muacchxx....haha..


Thursday, September 2, 2010

=)




currently in hepi mood..
ESOK DAH NAK BALIK..
YEAY!!!

Monday, August 30, 2010

focus!!

YOU YOU..yes, you, nik farah hanim..
u have another test this coming wednesday..
so, stay focus..once again, FOCUS!!

p/s : bile diri sendiri dah start sound, so paham2 jer lah..hehe..
jumpe next post okey..nak study untuk test analisis..
see ya!!

Saturday, August 28, 2010

click click n click

ari neyh miss farah tak nak tulis banyak2 sebab assignment spectro sedang menunggu dengan setianya di tab satu lagi..hihi..


korang pernah dengar pasal Youthsay x??
sekali lagi ea..Youthsay..bukan Youtube..kehkehkeh..
sebenarnya Youthsay neyh satu web which kat sana kita boleh promote campaign, jawab2 soalan, buat soalan so that orang lain pon boleh jawab soalan tue..
tapi yang special pasal web neyh sebenarnya, kita leh dapat duit..
macam nuffnang jugak lah tapi Youthsay ni kita kena aktifkan diri skit r..
KLING KLING KLING!!!
$$$$$$
hehe..best kan web neyh


tak nak US dollar..:(


yang ni baru best..RM..

web neyh lah miss farah pergi kalau dah boring sangat menghadap mka buku tue..
kita share jer mana2 campaign yang kat dalam web tue kat facebook contohnya, kalau ada kawan2 kita click kat link tue, terus kita akan dapat RM 0.20..
ok lah tue kan..
kalau 10 oranag yang click, da 2 ringgit..
da lepas beli air bandung cincau kat bazar..slurp!!hehe

so, tak nak tulis banyak2,kat bawah neyh ada link2 yang campaign miss farah pernah promote..
t korang click lah ea..
pastu, lau rasa interesting dengan Youthsay neyh, cepat2 sign up,okeh??




Tuesday, August 24, 2010

gud news!!


yeay!yeay!yeay!
kenape miss farah sangat epy?
cepat, sume orang teka..

hah??
dapat boyfriend??
teett...salah..

dapat duet raya??
teett..raya lambat lagi lah..
cepat2..cuba teka lagi..

oke2..tak nak maen teka2 lagi dah..
sebenarnya semalam, dua test telah di'postpone' lepas raya..hehe..
postpone jer pon..xkan hepi sangat kot..
eh, mestilah epy..
sebabnya, lau x di'postpone', minggu neyh memang akan dipenuhi dengan test jer..

esok test physical chemistry *study x habis lagi neyh*
27/8-test spectro
28/8-test institusi islam

tengok, tak sakit hati ke tengok jadual test??
konfius..tak tau nak study yang mana dulu..
tak nak pulak fail..tak suke..2X


F??eerie betol..:((


tapi, secara rasminya test spectro n institusi islam tue dah dipostpone..

rasa cam nak lompat2 jer..

lompat tinggi lagi!!!

okeh, tak payah fikir pasal dua test dah..
tapi kena fokus untuk test esok..
hehe..wish me luck oke..!!

Saturday, August 21, 2010

report tak siap lagi..:(

owh encik blog..bley tak awak tolong dengar masalah saya??masalah ape??masalahnya saya malas..malas nak wat report..hehe..

3:55 am
dari tadi tak tidor..asyik menghadap report yang tak siap2 walaupun dah berjam2 buat..*buat ke edit yang senior punye??
malas betol lau nak buat report.
leceh..menyusahkan..
tapi time wat experiment best jer.
boleh gelak2 lagi..hehe..

lagi setengah jam mesti akak delivery call.
"dik,makanan dah sampai. akak tutun kat bawah ea.."
bgos tol akak tue. sanggup bangun awal2 sebab nak wat delivery.
tabik spring untuk akak..:)

4:00 am
nak tulis ape lagi.
xde ape dah.
*idea*
usha2 video kat youtube mesti best time line laju neyh..hehe..
jom2..


Wednesday, August 18, 2010

bulan Ramadhan bulan puasa

hari ni da masuk hari yang ke-8 umat Islam berpuasa. best kan kalau time2 bulan puasa ni. walaupun letih sebab hampir satu hari kena tahan lapar dan dahaga, tapi bulan ramadhan lah satu2 nya bulan yang bagi kita pahala free. kenapa miss farah cakap cam tu??sebab bulan Ramadhan lah satu2 nya bulan ada solat sunat tarawih. so,rugi lah sape2 yang x pergi solat tarawih. lepas tarawih, ada plak moreh. makan lagi..hehe.. jadi, sempena bulan mulia neyh, miss farah nak kongsi sikit tentang fadhilat bulan Ramadhan ni..

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


p/s : copy paste dari http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

Sunday, July 25, 2010

it's just for temporary

1stly,miss farah nak minta maaf sangat2 sebab dah lama tak update blog neyh..
actually got some problems..personal problems..
so,for the coming few days or few weeks, i'm not going update this yet..
sorry for the inconvenience..
see u guys later..:)

Monday, July 12, 2010

lama tidak mengupdate

baru perasaan..
blog dah seminggu tak di'update'kan..hehe..
biasalah..kalau idea nak menulis tue tak datang,automatik terus malas nak update..

hari ni hari kedua miss farah register kat utm..
oppss,bukan 1st year student lah..
dah jadi 2nd year student..dah senior..tua sudah..:(
sem ni miss farah apply untuk duduk bilik single..
saje nk try cmne rase dok sorang..haha..*gedik*
tapi sedey gile bile dapat tau dapat blok belakang..sangat2 belakang..
nasib baik ex roomate miss farah sem lepas dapat bilik sebelah jer..
yes yes!! kitorang memang sehati sejiwa kan??haha..

tapi, part paling best dok bilik ni sebab wifi sangat laju..
ulang sekali lagi..sangat sangat LAJU..
kalau before ni, haram tak dapat langsung..
even signal wifi tue..
so,sekarang miss farah tengah fikir nak terus guna broadband or tak..
sekarang ni pun dah eksyen..
bagi kawan pinjam..kawan nak hantar broaband tue balik pun, dah tak nak ambik

'xpe2..ko guna jer broadband ak tue..
lau ko bagi aku pun,ak tak guna juga pun
ko nak guna 1 bulan ni pun tak pe
tapi bil bulan ni ko bayar lah'

haha..eksyen gile kan..
tak bleh blah..
petang tadi baru jer punggah barang2 dari stor..
punyelah berat kotak2 tue..
sampai bengkak habis tangan..fuhh!!
mencabar mental betol..
tadi lepas solat maghrib, dah simpan semua barang2..
kemas ape yang patot..memang sangat penat..
tapi dah set nak settlekan semua hari ni juga..
so,sekarang bilik pun dah cantik..
hah??cantik ke??
ok2..bilik dah kemas..hehe..